Hai semua! 😀

Beberapa hari je lagi nak tahun 2020. Yang mana cuti sekolah tu hekhek dah nak habis dah cuti so get ready for next year ok and prepare diri tu fikizal dan mental sebab mungkin tahun 2020 ni ada kelainan contohnya nak menduduki SPM. Btw masih belum terlambatkan nak ucap tahniah kepada spm candidates tahun 2019 yang dapat result gempak.. itu semua adalah hasil usaha dan berkat masing-masing.. yang tak dapat result gempak tu pun tahniah jugak sebab berjaya mengharunginya and janganlah sedih sedih sebab perjalanan adik adik semua masih jauh tau.. mungkin ada yang nak sambung belajar atau mungkin ada yang nak bekerja.
Spm bukanlah penentu segala-galanya tapi spm pun berguna sangat.. contohnya untuk mintak kerja government. Jangan putus asa! sentiasa bersikap positif dan usaha untuk mendapatkan kejayaan kerana kejayaan itu tidak akan datang bergolek dengan sendirinya pada kita tetapi jika ada usaha yang lebih dan doa yang tak pernah-pernah putus inshaallah kejayaan akan hadir untuk kita. Buat yang azamnya tidak tercapai pada 2019, jom cuba untuk capai azam tu pada tahun 2020 pulak hehe. 💥
Hidup ini bagaikan roda yang berputar. Ada masa kita diatas ada masa kita dibawah.. Buat mereka yang berada dibawah, jangan bersedih dan putus harapan. Ayuh bangun untuk kita naik ke atas! Aku faham sebab hidup aku pun kejap diatas kejap dibawah..😢 Aku rindu betul dengan kawan-kawan aku. Tak terungkap rasa rindu yang aku rasa pada mereka tetapi apakan daya kerana masa mencemburui kita. Aku harap satu hari nanti aku dapat berjumpa dengan korang semua. Aku tak pernah lupa korang.. Siapa yang fikir macamtu memang silap. Sekarang masing-masing dah ada kehidupan masing-masing. Ada yang bekerja ada yang dah bertunang ada yang dah berkahwin malahan ada yang dah anak korasee hahah. apa pun aku doakan korang semua berjaya dunia akhirat. 😊
Apa yang aku nak pada tahun 2020? Aku malaslah lebih-lebih satg tak tercapai pulak haha. So here is my wishlist:
- Kesihatan
- Kurangkan berat badan *nak kata kurus tu takla kot hahahshshs
Kesihatan
Aku sebenarnya ada masalah kesihatan sikit pada yang tahu tu tahulaa kot haha. Aku harap aku dapat cegah penyakit tu dengan segera. Belum tahap kritikal sebab dapat tahu awal so inshaallah boleh cegah dari awal. Sakit apa? maaf sebab aku memang rahsiakan tentang ini 😓
Kurangkan Berat Badan
Aku ni sejak sejak dah habis belajar tu yang berat badan naik nih. hahahhaha aku nak kurangkan berat badan je takdelah sampai nak kurus macam jerangkung tu nampak tulang tulang hahah. Senanglah sikit nak shopping baju seluar..
p/s: buat masa ni itu je dulu yang aku nak.. kalau ada lagi nanti aku tambah jela ok hehe,
azam 2020 xbuat lg..apapun 2019 byk tglkn kngn manis kan..smoga kita dipermudahkan dithun bru nnt
ReplyDeletehaha takpeee.. usaha lagi :)) semoga dipermudahkan aamin! hehe
Delete